Nuffnang Ads

Aurat : Edisi Lelaki ( Sukan )

Assalamualaikum.

Bersempena blog yang serba baru ni, eloklah kalau saya mewujudkan beberapa segmen baru yang bersesuaian dengan perkembangan dunia moden kita sekarang. Saya akan cuba merungkai trend-trend terkini yang berlaku, dan membandingkannya menurut sudut pandangan agama Islam. Mudah-mudahan hasrat dan nawaitu hati saya yang lemah lagi hina ini akan diterima Allah sebagai dakwah kecil melalui teknologi moden. Insya-Allah

Sukan sememangnnya sinonim dengan golongan lelaki di seluruh dunia, tetapi saya just nak fokus kat Malaysia je. Tak mampu Dik Non nak ke dunia bagai. Hahaha !!! Namun permasalahannya sekarang adalah sukan seringkali di pandang remeh dari sudut pemakaian, iaitu lebih spesifiknya berpakaian membuka aurat. 

Ok, lebih mudah saya kaitkan dengan trend masa kini. Jejaka-jejaka kekar, yang membina badan untuk kesihatan. Tak kurang hebatnya, ada yang berniat untuk menunjuk-nunjuk untuk tontonan umum. Tetapi apa yang menyedihkan, mereka tanpa segan silu bergambar " selca ", " selfie " and what so ever tanpa memakai baju dan mendedahkan aurat yang sudah sekian lama dijelaskan dalam Islam iaitu dari pusat hingga ke lutut. Bukan itu sahaja, malahan ada yang hanya memakai short, boxer, seluar dalam dan macam-macam lagi adegen yang 18sx tanpa rasa malu, ditayangkan bagi menarik minat sesiapa yang menatapnya.

Sangat menyedihkan kerana agenda barat, dan kafir telah berjaya meracuni minda rakyat Islam Malaysia zaman kini. Sukan-sukan lain juga menggunakan pemakaian yang lebih kurang sama, sebagai contoh bola sepak yang menggunakan seluar pendek kepada para pemain. Ya Allah, berapa banyak dosa yang mereka terpaksa tanggung di akhirat kelak kerana pemakaian tersebut ? Bukan sahaja ditayangkan kepada penonton, malahan disiarkan ke seluruh negara melalui media. Nauzubillah ! 

Tiadakah terpalit rasa kekesalah, kesedaran dalam diri mereka ? Tidakkah pihak yang berwajib seharusnya peka dalam soal pemakaian ini. Mahukah mereka juga bersama-sama mengendong dosa ini ke akhirat kelak ? Sedar lah wahai saudara, aurat bukan bahan mainan. Ini soal akhirat yang kalian akan bawa ke sana kelak suatu hari nanti. Apa lagi alasan yang kalian mahu berikan ? Panas, tak trendy, tak seksi, takde awek nak tengok and bla.bla.bla. Nanti menghadap Allah di sana, alasan ini akan diterimakah ? Sia-sia saudara.

Maka bangkitlah wahai saudara-saudara se-Islamku. Berubahlah demi Allah, cubalah sedikit demi sedikit. Insya-Allah kalian pasti boleh, saya yakin dan pasti !


" Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian
untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan "

( Al-A'raf : 26 )




|
|
|
V



Assalamualaikum.

P / S : Gambar hanya sebagai gambaran. Harap Maklum =)

3 comments:

din said...
This comment has been removed by the author.
din said...

Tudia peles pun ade

Efan Syairazi said...

Haha. Sekadar menjadi contoh ikutan, berpakaian yang sempurna menutup aurat. Tapi masih boleh selesa bersukan =)