Nuffnang Ads

Ice-Blended Mocha

Assalamualaikum.


Hari ni saya nak introduce segmen terbaru saya, iaitu resepi. Alang-alang cuaca Malaysia pun tengah panas membahang sekarang, apa kata saya ajar macam mana nak buat ice blended mocha tanpa perlu beli paket perisa mocha yang sudah siap sedia di kedai. Boleh la hilangkan dahaga, tekak pun tak kering. Mudah sangat-sangat !!!!

Bahan-bahan :

1. Serbuk nescafe
2. Serbuk koko
3. Krimer manis
4. Air
5. Ais


Cara-cara :

1. Masukkan 1 camca kecil serbuk nescafe ke dalam blender ( hanya sedikit hujung-hujung sudu je )

2. Masukkan 2 camca besar serbuk koko ke dalam blender

3. Kemudian, masukkan 5-6 camca besar krimer manis ke dalam blender

4. Masukkan sedikit air ke dalam blender

5. Akhir sekali, masukkan ais ketul 3/4 isipadu blender ( ketuk-ketuk biar kecik, senang nak blend )

6. Blend hingga semua ais hancur

7. Tertib dan siap




Selamat mencuba, Assalamualaikum =)


No comments: