Nuffnang Ads

Review : Bayu Bistro, Perlis

Assalamualaikum.

Haa, ni post terakhir before balik perlis semula. Huaaaaa !!!!! Takmau balik, best duk rumah. Alang-alang dah nak balik perlis. Meh, saya nak share segmen baru lagi. Well, macam biasa mesti lah pasal makan kan. Haha, dah nama pun saya ni kaki makan. So, segmen terbaru ni saya akan share dengan anda semua restoran, kedai, warung dan macam-macam lagi lah yang saya dah jelajah. Mana lah tau, anda semua boleh la try next time kan. Lain orang, lain selera kan ! So, check it out guys

Well, kali ni saya nak bawak anda semua menikmati sajian ala-ala western di bayu bistro, perlis. Setakat ni, boleh di katakan ini antara restoran yang menyediakan makanan western terbaik dan favourite saya lah. Makanan dia sangat-sangat marvellous, sangat-sangat mencukupi kuantitinya. Dari segi rasa pun sangat menepati citarasa saya. And yang special, sos for western food dia sangat pelbagai. Kalau tak silap ada 6 jenis macam mushroom, black pepper, oriental, dan lain-lain. Jangan risau, makanan macam pasta semua juga disediakan. Service pun memuaskan, tempat pun bersih. Suasana tenang, tak terlampau crowded dengan makhluk Allah yang lain sangat.

Dan, mengikut pendapat-pendapat kawan-kawan saya yang lain pun memberikan respond yang positif. Saya dah 2 kali makan kat sini dan sentiasa puas hati. So, apa lagi. For those yang memang stay kat sini, atau nanti datang travel ke apa. Boleh la singgah ye, dekat je dari Arau ke Kangar tu. Hampir-hampir selepas Repoh. Hehe, saya cakap pun bukan ramai yang tau kan. 












Rate : 

Recommended : Chicken chop + Rutbir float


Well, korang selamat mencuba. Assalamualaikum

No comments: