Nuffnang Ads

Nasi Minyak

Assalamualaikum.

Kalau sebelum ni saya post cara nak buat ice-blended mocha. Kali ni saya nak share cara nak masak pulak. Kita masak nasi minyak kegemaran saya. Dulu mula-mula belajar, kekok kan. Lama-lama Alhamdulillah, dah mahir. Tak perlu mama ada kat tepi dah nak perhatikan saya masak. Plus, saya memang suka masak. Hehe.....




Bahan-bahan ( Nasi minyak ) :

1. Butter
2. Krimer sejat
3. Rempah ( bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis )
4. Pewarna kuning
5. Garam


Bahan-bahan ( Ayam masak merah ) :

1. Ayam
2. Bawang ( merah, putih, besar )
3. Lada mesin
4. Minyak
5. Air
6. Sos cili
7. Garam
8. Gula


Cara-cara ( Nasi minyak ) :



1. Mula-mula, cairkan butter ( 1/3 buku )


 2. Masukkan krimer sejat ( 1 cawan )


3. Masukkan semua 4 jenis rempah ( 3 ulas setiap rempah ) dan tunggu hingga mendidih


4. Tunggu sehingga air beras hampir kering keseluruhannya


5. Kemudian, masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk nasi, dan gaul sehingga sebati


6. Tambah pewarna kuning, supaya warna nasi minyak lebih menarik


7. Tambah sedikit garam secukup rasa dan tunggu sehingga masak sepenuhnya


Cara-cara ( Ayam masak merah ) :


1. Masak ayam terlebih dahulu ( masak sepenuhnya / separa masak )


2. Selepas itu, tumis bawang merah, putih ( ditumbuk ) bersama lada mesin


3. Selepas garing, masukkan 1 sudip sos cili


4. Kemudian, masukkan air mengikut citarasa sendiri ( berkuah / kering )


5. Masukkan garam dan  gula secukup rasa


6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sehingga sebati


7. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar sebagai hiasan dan tunggu sehingga mendidih supaya kuah lebih pekat



8. Siap dah sedia untuk dihidangkan


Selamat mencuba semua, Assalamualaikum.

No comments: